1 March 2012

It just only take a minute.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah.
Hari ini jumaat. Alhamdulillah...Aku masih bernafas. Post kali ni lebih kurang tazkirah la jugak untuk hari ini.
Jumaat kannn. Haha ok kita start.
Pasal berubah...Um, kita manusia. Kita hamba Allah yang hina lagi keji.
Banyak lakukan kesalahan. Aku pun sama jugak. 
Apa yang aku faham pasal berubah ni, ada dua bahagian tau.
Berubah ke arah kebaikan, juga kejahatan. Nak berubah ni, sekejap je.
Hati manusia kann. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Setiap orang memang berubah.
Cuma antara sedar dengan tidak sedar je. Kadang-kadang kan hanya disebabkan 1 keputusan kecil. 
1 jee weh, ia mampu mengubah kehidupan kita selama-lamanya. Baik atau tidak, bergantung. 
Tapi yang pasti Allah s.w.t sentiasa merancangkan yang terbaik untuk kita.
Kata kan lah...Kalaulah kejadian 5 tahun lepas tu tidak terjadi, dimana lah kita di dunia ini?
Haaa! Adil kan hidup... Dan kalau benda tu tak jadi, kita pun tkkan tahu sama ada benda tu baik atau buruk.
Sebab itu la ye, apa pun jadi kan kita kena HADAPI. Baru lah pengalaman tu TERCIPTA ;)
Sesuatu yang baik mahupun buruk, kita kena redha. Sebab kemanisan yang kita cari.
Kerana selepas kekecewaan, akan wujud kebahagiaan. Itu janji Allah. 
Pernah tak kita fikir, ujian yang Allah timpakan pada para UlulAzmi berlipat kali ganda kesukarannya?
Tapi mereka hadapi dengan IMAN YG KUAT. Maka, bersangka baiklah pada Allah...

Dan dan, last sekali ustazah aku ada cakap. 
Kalau kita ada buat salah dekat kawan-kawan mintak lah maaf.
Sebab kita taktahu apa yang akan jadi lepasni kann. 
Mana lah tahu kot tuhan tu ambik nyawa kita lepas ni.
Sempat ke tidak agaknya kita nak mintak maaf dekat mak, kawan-kawan lagi.
Wallahualaminsowab...

Dengan itu, aku nak mintak maaf la en dekat semua orang. Andai terkasar bahasa, terkecil hati, tersinggung perasaan, dan lain-lain. Maafkan ya, jgn dendam. Tak elok :p Halalkan makan minum. Mana la tahu kot tak sempat ke mintak maaf. Kot tuhan tu nak ambik nyawa ke, kann. Kita tak boleh jangka. 
Hm itu je la. Mata dah berat, letih sgt. Tidur dulu, assalamualaikum! x)

No comments:

Post a Comment